Adakah aku mesti bercinta, adakah aku perlu disayangi. Aku mahu soerang lelaki yang mengambil berat tantang diri aku, dan aku juga mahu dia memahami aku. Aku juga perlukan kasih sayang seorang lelaki yang sangat mencintai aku dan sangat memahami aku. Apabila aku sudah dapat seorang lelaki yang aku impikan, aku tidak akan sesekali meninggalkannya, aku tidak akan sesekali dapat melupakan dirinya kerana aku sudah jatuh cinta padanya dan aku juga sangat mencintainya. Aku muhu perhatian darinya. Mungkinkah semua inia kan terjadi? MESTI… kerana hanya dia sahajalah dalam hidup aku. Aku tidak mahu kehilangan dirinya kerana aku sangat mencintai dan menyayanginya. Aku sanggup korbankan segalanya untuk dirinya. Aku tahu dalam perhubungan ini dia tidak mahu meletakkan harapan tinggi pada diri aku. Aku tahu dia tidak mahu kecewa buat kali kedua. Mungkin dia telah serik dengan kehidupannya yang dahulu. Dia juga tidak mahu aku mengharap pada dirinya, kerana dia juga tidak mahu aku menyesal di kemudian hari. Aku faham apa yang dia maksudkan. TAPI…… bolehkah aku terima semua ini jika sesuatu berlaku pada kami? Aku rasa tidak sanggup dan tidak mahu mendebgar perkataan itu keluar dari mulutnya… aku takut… ramai orang kata apa yang diungkapkan itu adalah suatu doa. BETULKAH ITU? Aku perlu percaya tetapi apa pun aku juga perlu berusaha untuk memiliki dirinya.. aku tidak mahu kehilangan dirinya yang sangat aku sayang… kalau perkara ini berlaku, aku tidak tahu lagi apa yang harus aku harungi, ADAKAH AKU DAPAT MENERIMA KENYATAAN INI? TIDAK!!!! Kerana aku hanya ada dirinya sahaja. Aku tiada siapa-siapa lagi selain dia. Aku mahu dirinya… walaupun sudah hampir 5 tahun kami bersama tetapi aku rasa seperti baru sahaja mengenali dirinya.. ini mungkin kerana dia berada jauh dari ku, ini juga kerana kami jarang bertemu. Aku ingin hidup bersama dengannya. Kalu boleh hari-hari aku mahu bertemu dengannya, aku mahu bermanja dengannya, mahu meluahkan segalanya yang terbuku dalam hatiku ini. Aku mahu hubungan aku dengan dia biarlah sampai akhir hayat kami dan bahagia hingga akhiir hayat kami.
YA ALLAH KAU BERKATILAH HUBUNGAN KAMI INI SEHINGGA AKHIR HAYAT KAMI….. DAN KAU BAHAGIAKANLAH KAMI… RESTUILAH KAMI…. HANYA ENGKAU SAHAJALAH YANG MAHA BERKUASA….

















No comments:
Post a Comment